Asalnya KPOP tu ada lah muzik Korean Pop. Drama tu dikenali
sebagai K-Drama. Tapi sekarang ramai yang menggelar apa je yg berkaitan dengan
Korea,adalah KPOP. What the. Lu tak faham ke maksud pop tu.
Tak dinafikan fenomena KPOP nie semakin meluas. Pergi je
mana-mana,orang akan kenal apa itu KPOP. Tak kira lah sama ada orang tu peminat
mahu pun haters. Peminat KPOP sangat lah ramai,begitu juga dengan pembencinya. Ramai
sangat yang mengekspresikan kebencian yang meluap-luap terhadap KPOP nie,tak
kira lah sama ada di media social atau pun real life.
Terpulang lah nak benci ke apa,sebab setiap individu tu ada
minat nya masing-masing. Orang lain tak ada hak nak membataskan minat individu
tu. Tapi bagi haters tu,just leave a
KPOP fans alone.
Do not disturb us since we are not disturb you.
Can't you just give us a little respect and don't bother us
the way we never bother you?
dulu aku nie seorang haters KPOP. Benci sangat dengan KPOP. Orang
dok cerita pasal KPOP,aku buat tak tahu je. Tak ambik tahu. You
know what happen to me now,aku sangat lah gila KPOP. Kekadang aku
menyesal,sebab
pi kutuk KPOP fans dulu. Sekarang orang pulak kutuk aku. Hahaha.
"Kau nie apa barang minat KPOP,bukannya kau faham pun dia
cakap apa. Baik kau minat mat salih & minah salih tu" – nie ayat aku dulu
semasa jadi haters KPOP.
Yeah,memang aku tak faham apa dorang nyanyi tu. Tapi apa guna
ada pakcik google translate. Pi translate lah. Disamping belajar bahasa
Korea,boleh jugak belajar bahasa Inggeris kan. Yelah,bersepah dekat internet
tu,lagu Korea yang ditranslatekan ke bahasa Inggeris. See,boleh belajar 2
bahasa dalam 1 masa.
Lagi satu lagu-lagu KPOP ada restrictions jugak macam dkt Malaysia. Which is,kalau lagu
tu ada unsur-unsur tak elok,kementerian akan banned. Tak kira lah kalau artis
tu famous seantero dunia kenal sekali pun,selagi buat salah,selagi tu dihukum.
Baru-baru nie lagu That XX nyanyian G-Dragon,lagu tu sepatutnya dah release
lama dah. Tapi ditahan sebab ada certain liriknya tak sesuai. Sebab macam ganas
sangat dan terpaksa lah certain lirik tu di censored kan. Lagi satu,lagu
terbaru PSY-Gentleman. Sesetengah stesen radio Korea banned lagu tersebut sebab
video nya tak sesuai. Ada part PSY sepak kon tepi jalan tu,ianya dianggap
vandalisme. See,dorang jaga adat basic dorang.
Kalau Hollywood
tu,jangan cerita lah,lagunya banyak pasal sex,dadah. Video klip pulak sangat
lah tak sesuai walaupun kau berusia 18+. Macam lagu Bruno Mars – The Lazy Song
tu,terang terang lah berkisar pasal sex. Ada perkataan sex lagi dekat liriknya.
Tapi kalau Hollywood aku minat Maroon 5. Hehe.
Bab pakaian bagi artis KPOP wanita nie memang seksi lah.
Tapi kita tak boleh buat apa,sebab dorang bukan Islam. Tapi kalau dorang seksi
sangat pun,dorang akan ditegur by their own people.
Jangan kata aku minat KPOP,aku tak minat artis tempatan ye.
Jangan kata aku lupa daratan. Haha. Aku minat je dkt Black,Meet Uncle Hussain,Siti
Nurhaliza. Otai-otai rock dulu. Cuma bak kata orang,lagu artis tempatan
sekarang tak mencengkam dikalbu berbanding lagu lama otai-otai rock dulu.
Sebab tu aku more prefer otai-otai,dari artis sekarang. *peace

Lagi satu yang aku suka pasal Korea nie,dorang ada something
entertainment
yang buat peminat dorang rasa dekat je dengan artis favourite dorang.
They have a
great variety shows. Yeah,variety show dorang sangat best. Korang mesti
tahu kan apa itu Running Man? Yang sekarang nie menjadi bualan ramai
orang. Other variety
shows,Family Outing,Strong Heart & Star King.
Bagi artis KPOP
diorang mesti pandai buat lawak. Dekat dalam music video, diorang memang nampak
jambu, bajet comel segala tapi bila masuk je variety show, diorang akan
tunjukkan diri dorang sebenar dan takkan rasa ragu-ragu untuk malukan diri
sendiri. Dalam variety show,dorang,selamber je duduk bersila dekat
lantai,terbaring dekat lantai,ketawa terbahak-bahak sebab artis KPOP sedang tunjukkan yang dorang sebenarnya manusia
biasa je, macam orang lain jugak.
"Ala,artis KPOP nie plastic semua,surgery je lebih. Asalnya bukan lawa. Suara pun ke laut."
Weyh makcik & pakcik,tak semua okay artis KPOP yang
plastic. Tak dinafikan dekat Korea memang famous sangat dengan plastic surgery
terutama kalau surgery mata,hidung dan dagu. Ramai je yang neutral
beauty,neutral handsome. (kau pi lah google sendiri muka artis KPOP yang tak
surgery. Berlambak okay). Dan ada syarikat rakaman dekat Korea tu HARAMKAN
artis baru syarikat dia buat surgery. So kau nak cakap apa? Ha,bab suara tu
jangan nak tipu eh, Tak semua suara ke laut. Big Bang suara semua
sedap,Beast,2AM,Ailee,2NE1,BTS & EXO.Ramai lagi lah. Kau pi dengar sendiri
lah dorang nyanyi live dekat Youtube tu.
Tapi aku tak nafikan
yang tak semua benda dalam KPOP ni baik. Bagi aku,dari segi pemakaian dan
tarian artis wanita dorang. Patutnya penganjur
kena tetapkan etika pemakaian bagi artis wanita tak kiralah KPOP ke HPOP ke
(Hollywood),dorang kena hormat budaya kita sebab dorang datang negara kita.
Kalau tarian tu,tak perlu lah semangat tunjuk punggung dekat fans. So aku
rasa,organizer patut main peranan pasal benda nie.
Lagi satu,remaja
sekarang banyak yang ikut trend fashion KPOP nie. Tak kira lelaki ataupun
perempuan. Yang lelaki tu,ada jugak yang pakai subang. Kalau kau bukan
Islam,tak kisah lah,nie Islam,tahu tak kau tak boleh walikan anak kau kalau
telinga tu dah bertindik. Yang perempuan Islam pulak,dok pakai skirt,colour
rambut. Kau ingat lawa rambut ber-colour,tunjuk peha yang tak berapa gebu tu?
Jangan dok ikut sangat artis Kpop tu,dorang tu bukan Islam. So,pandai-pandai
lah jaga batas ye. Bak kata Ustaz Azhar Idrus,”tak salah nak minat KPOP ke
apa,asalkan jangan sampai jadikan dorang tu sebagai idola. Jangan sampai orang
yang kita doa-doa selalu.”
jangan pernah kata peminat KPOP nie jahil agama. Kau siapa nak judge orang?